Kelas ICT (Microsoft Word)
9 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2019 yang lepas, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas ICT ( MS Word ) di bilik latihan PI Tebelu yang dihadiri oleh 10 orang pelajar tahun 6. Kelas berlangsung pada jam 3:00 petang sehingga 5:00 petang yang merangkumi pengenalan kepada komputer dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Word untuk kegunaan harian.
Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat kad jemputan harijadi dan cara meletakkan gambar didalam kad jemputan tersebut dengan menggunakan Microsoft Word, serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: