KELAS ICT ( Membuat Jadual Kelas )

16 December 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 December 2019, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Ms Office (Word) dan Internet. Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang. Kelas Ms Office (Word) dan Internet ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dalam penggunaan Microsoft Word dan meningkatkan pengetahuan penggunaan Internet. Kelas ini turut dijalankan untuk membantu pelajar membuat jadual waktu kelas pada tahun 2020.

Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word. serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016. Kelas ini berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali