eKelas Matematik & Sains (Minggu 18)

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2019, Sabtu seramai 3 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat dibilik latihan pusat internet tebelu. Kelas tersebut telah bermula dari jam 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam eKelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.

Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran matematik dan sains.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali