eKelas English ( Minggu 11, Penggal kedua)
4 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2019, Jumaat yang lepas, seramai 29 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 telah menghadiri ekelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Tebelu. Kelas tersebut bermula pada pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Bahasa Inggeris melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru. Pada minggu ini cikgu memberitahu mengenai misi raya ekelas yang akan diberitahu minggu hadapan.
eKelas ini telah dihadiri :
- Tahun 6 (16 orang)
- Tingkatan 1 (6 orang)
- Tingkatan 2 (3 orang)
- Tingkatan 3 ( 1 orang)
- Tingkatan 5 (3 orang)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: