eKelas English (Penggal 3 Minggu 2)
22 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2019, seramai 11 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 telah menghadiri ekelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Tebelu. Kelas tersebut bermula pada pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, cikgu akan memberitahu pemenang bagi projek pertengahan tahun 2019 dan pemenang-pemenang mission digital 2019.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: