Holiday Camp Ekelas 2018

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21-24 November yang lalu, Maxis telah mengadakan holilday camp ekelas bagi meraikan pelajar-pelajar yang rajin menggunakan Portal dan kehadiran yang baik dalam live tutorial. E-kelas yang telah dijalankan di Pusat Internet Kg Tebelu bermula dari April lalu kini telah sampai ke musim cuti persekolahan. Maxis telah menganjurkan Kem Cuti Sekolah di UKM Bangi, Selangor untuk pelajar yang terpilih sesi e-kelas di seluruh Malaysia pada tahun ini. Pelajar yang dipilih adalah berdasarkan prestasi yang telah dinilai oleh pihak Maxis sendiri.

Oleh itu, seramai 10 orang pelajar e-kelas Pusat Internet Kampung Tebelu yang telah dipilih untuk menyertai Kem Sekolah tersebut. Kesemua kos perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak Maxis. Pelajar yang terpilih untuk pergi adalah adik Fasiha binti Mohammad Hajidal, adik Mohammad Shahfatul bin Sahlan, adik Mohammad Nabil Aizat Bin Arip, adik Sofia Maisyarah Bt Izar Yunazri, adik Nur Badriah Eirysa Bt Naha, adik Nur Zafiratul Laila Bt Naha, adik Nurali Saini Bt Talip, adik Siti Nor Shahriani Bt Serah dan adik Pearline Thian Pik Lin.

Kem Cuti Sekolah yang berjalan selama 3 hari itu mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik untuk kesemua pelajar yang turut serta. Di UKM, mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang perlu kecerdasan dan kecergasan para pelajar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Ice Breaking dan Telematch, lawatan ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM, Program STEM – ‘Create Play & Competition, Robotic Sumo Battle, sukaneka, lawatan pelajar e-kelas ke Maxis Tower, perjumpaan dengan Cikgu e-kelas, lawatan ke Petrosains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali