Gotong Royong Pusat Internet Tebelu

05 December 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena musim cuti sekolah ini, pusat internet tebelu telah mengadakan gotong royong di Pusat Internet Tebelu. Gotong royong ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan PI akibat air pasang besar pada bulan lepas. Dengan adanya aktiviti ini, ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim staff PI dengan adik-adik PI Tebelu, antara aktiviti yang dilakukan adalah menyapu sampah, mengelap meja, mengelap cermin tingkap dan pintu, mengemop lantai PI dan mengutip serta membuang sampah disekeliling PI. Ini adalah untuk menyedarkan adik-adik tentang pentingnya menjaga alam persekitaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali