dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Tebelu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Riang Ria Raya Aidilfitri Pusat Internet Kg Tebelu Bersama E-Kelas (Open Day)

21 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2018 (Rabu), Pusat Internet Kg Tebelu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Mr Robert Nason kerana sudi hadir bersama maraikan Hari Raya AidilFitri pelajar-pelajar eKelas di Pusat Internet Kampung Tebelu. Hadir sama, Ketua Maxis Wilayah Sarawak, Mr Alex Bong; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sarawak, Mr Scott Kueh Sui Yek, Mariam Bevi Bactha, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Maxis dan Ketua Kampung Tebelu En Polly Bin Mat serta warga penduduk kampung Tebelu.

Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut termasuklah menyaksikan tutorial secara lansung melalui sesi persidangan video, satu sesi perbualan lansung eCikgu juga turut dipertontonkan dan dikelolakan oleh Mr. Robert Nason bagi menyampaikan soalan kepada cikgu.

PI Tebelu juga amat bertuah kerana beliau telah memilih kami sebagai satu-satunya lokasi daripada 54 buah lokasi dari seluruh Malaysia dan daripada 118 buah Pusat Internet dibawah kelolaan Maxis. Ini merupakan kali pertama beliau ke Sarawak untuk berkunjung ke Pusat Internet semenjak beliau menyandang jawatan ini pada April 2018. Kami warga PI Tebelu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Team Maxis eKelas kerana memberi kepercayaan dan diatas usaha tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.