Kelas Cara Menaip Surat Rasmi (Kelas Individu)

17 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2023 (Isnin) PEDi Tebelu telah menerima kunjungan seorang peserta yang ingin mempelajari cara membuat surat rasmi bagi tujuan tertentu. Peserta telah diajar menaip surat rasmi mengikut format surat rasmi yang sebenar serta diberikan satu salinan contoh surat rasmi untuk tujuan rujukan. Staff PEDi turut memberi tunjuk ajar cara menaip menggunakan fungsi-fungsi yang ada di aplikasi Microsoft Word. Hasilnya peserta berjaya menaip dan menyiapkan surat rasmi nya sendiri. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali