Siri 1 (Kelas Latihan Menaip)

14 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tebelu mengadakan kelas latihan menaip melalui beberapa siri latihan bagi memastikan peserta-peserta yang hadir mahir dalam menguasai cara menaip menggunakan perisian Microsoft Word. Pada siri pertama ini peserta-peserta belajar cara asas menaip dengan diberikan satu contoh surat rasmi untuk ditaip semula. Peserta juga diajar setiap fungsi yang ada di dalam Microsoft Word bagi memastikan kelancaran peserta-peserta dalam menaip.

Pihak PEDi Tebelu mengharapkan lebih ramai komuniti Tebelu yang akan hadir ke kelas pada siri yang akan datang dan memastikan peserta-peserta yang hadir dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali