Kursus Latihan Pengendalian Makanan

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2022 (Sabtu) telah berlangsung Kursus Latihan Pengendalian Makanan kerjasama antara NZ Bunga Venture & pihak pengurusan beberapa buah PEDi yang terlibat termasuk PEDi Tebelu sendiri. Kursus telah berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Kursus diketuai oleh Puan Nadia sebagai pemberi taklimat pada hari tersebut.

Bilangan peserta seramai 38 orang orang terdiri daripada komuniti Tebelu, Sebuyau, Sebangan dan sekitarnya. Peserta turut diberikan kuiz mengenai taklimat yang diberikan bagi memastikan peserta lebih memahami taklimat yang diberikan. Peserta-peserta yang telah melengkapkan kursus akan diberikan sijil latihan pengendalian makanan yang sah seumur hidup dan sijil turut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali