Kelas Asas Microsoft Excell

19 Febuari 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin 18 Febuari 2021, telah diadakan Kelas Asas Microsoft Excell atas permintaan peserta sendiri. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang yang bertempat di PIK Tebelu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Excel dan asas membuat jadual dengan mudah. Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara menggunakan Ms.Excell.

Untuk pengenalan ,peserta diberikan taklimat berkenaan fungsi asas Ms Excel dan kegunaan button file dan ribbon yang terdapat pada program. Semasa sesi pembelajaran, peserta diajar memilih font, menukar size, mengedit bahagian column dan row serta mengedit alignment supaya jadual kelihatan kemas dan teratur. Pada kali ini, peserta diajar membuat jadual borang kehadiran peserta . Kelas diakhiri dengan sesi pemahaman dan soal jawab. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa akan dating.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali